Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Wednesday, December 12, 2007

ANUGERAH PELAKON TERBAIK MALAYSIA - DATUK SERI ANWAR IBRAHIM


Episod demi episod, lakaran pembangkang mencabar pihak Kerajaan sungguh berkesan. Skrip yang diatur cukup rapi oleh pembangkang. Tapi mana lead actor @ director nya? Nampaknya hero villan ‘ Datuk Seri Anwar Ibrahim’ rupa - rupanya baru turun di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada awal pagi 11 Disember 2007.

Dakwaan Datuk Seri Anwar yang ditahan selama 30 minit di lapangan terbang Kuala Lumpur oleh sumber laman web Malaysiakini adalah tidak berasas sama sekali dan jelas cuba mempropagandakan keadaan semasa yang sedang berlaku. Kenyataan beliau bahawa tindakan itu di ibaratkan ‘clear harassment’ adalah sengaja dikeluarkan untuk meniupkan lagi api semangat penyokong beliau yang sememangnya ekstremis dan tidak tahu mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan. Lihat sahaja boneka - boneka Datuk Seri Anwar seperti saudara Tian Chua, Lateffa Koya, Tan Sri Khalid dan kroni-kroni seangkatanya yang berani membuat protes dan perhimpunan walaupun diberi amaran sebarang program yang tidak mempunyai permit tidak boleh diadakan.

Tindakan mengadakan program perhimpunan ini memang sengaja dirancang untuk memberi imej buruk kepada kerajaan dan Polis yang terpaksa mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat. Lagi banyak pengikut Datuk Seri Anwar ditahan, lagi nampaklah pengaruh beliau dengan mengatakan kerajaan bertindak ganas dan tidak memberikan peluang kepada mereka untuk menyuarakan kebebasan. Syabas Datuk Seri Anwar, walaupun DISOAL TIDAK SAMPAI 15 minit oleh pegawai imegresen, namun sembangnya macam ditahan selama setengah jam ! Sekali lagi, pengarah filem ini berjaya memainkan isu sekecil ini untuk dicanang kepada seluruh rakyat bahawa Kerajaan sengaja bertindak sedemikian ke atas dirinya. Wahai saudara, simpan sahaja simpati dan lakonan Datuk Seri untuk isu-isu akan datang.

Jika keraguan rakyat masih belum mempercayai lakonan mantap Datuk Seri Anwar Ibrahim, silalah lihat paparan video ini yang telah dilakonkan oleh lead actor ‘Datuk Seri Anwar’. Hebat dan mantap lakonan saudara. Dihadapan rakyat terkapai-kapai meminta pertolongan dipapah, tetapi di dalam dihospital boleh pula berdiri sendiri ? Ajaib sungguh Datuk Seri Anwar. Apakah ini yang dinamakan pejuang rakyat atau pejuang reformasi? Pada saya, cara Datuk Seri Anwar ini lebih mirip kepada lakonan hero Hindustan dalam filem-filem Bollywood !.




Rakyat juga selalu dimomokkan bahawa Kerajaan sering tidak memaparkan isu-isu yang diperjuangkan oleh mereka tetapi tahukah saudara bagaimana pihak pembangkang memanipulasikan isu-isu ini untuk memberikan imej buruk kepada kerajaan ? Dalam hal ini amat mudah untuk kita melihat satu contoh pelakon terbaik di Malaysia, iaitu tak lain tak bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sememangnya terkenal dengan agenda politiknya yang rakus mahu merampas semula tahkta Kerajaan dengan apa jua cara sekalipun, termasuk menggadai dan memburukkan maruah negara di mata dunia.

With Love from;
True Malaysian Reformist