Sunday, November 4, 2007
Mencari satu gelombang…
Ini bila melihat barisan penganjurnya sendiri yang kebanyakan terdiri dari orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR),PAS dan DAP.
Malah adanya cakap-cakap yang berlegar mengatakan pihak pembangkang cukup gembira kerana merasakan mereka berjaya meraih simpati orangramai dari peristiwa rusuhan di Kuala Terengganu pada 8 September lalu.
Dari perkembangan terkini timbul kebimbangan kekecohan yang berlaku di Kuala Terengganu boleh berjangkit di Kuala Lumpur pula.
Polis bertegas perhimpunan itu wajib ada permit manakala penganjur nampaknya sudah set nak meneruskannya sekalipun tanpa permit.Yang jelas bibit-bibit kemungkinan berlaku pertembungan sudah ada.
Nampaknya jadi ke tak jadi perhimpunan itu yang mengsasarkan 100,000 orang hadir awal-awal lagi sudah menjadi satu isu.
Rusuhan di Kuala Terengganu berlaku bila kalangan penyokong parti pembangkang terus berhimpun untuk menghadiri satu majlis ceramah anjuran Bersih sekalipun tidak ada permit polis.
Peristiwa yang dicemari dengan insiden membakar bendera Jalur Gemilang dan tembakan peluru hidup oleh seorang anggota polis yang hendak menyuraikan perhimpunan itu menjadi satu bahan bualan dan polimek.
Apa jaminan provokasi seumpama itu tidak bergema di Dataran Merdeka nanti?
Siapa saja di pihak pembangkang pasti mahu udara segar seumpama ini sebagai satu 'kick off' baginya untuk menambat hati pengundi menjelang pilihanraya.
Badai reformasi ekoran kes Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihanraya 1999 yang membuatkan Barisan Nasional hilang banyak kerusi sudah cukup untuk membuktikan bagaimana pembangkang perlu satu gelombang.
Ada sumber dalaman pembangkang yang mengakui bukan senang hendak mengugat Barisan Nasional tanpa ada sebarang gelombang yang boleh buat orang jadi geram.
Penganjur Perhimpunan 10 November memang tidak berselindung pada hajatnya untuk mencetuskan apa yang dikatakan ‘gelombang kuning’, menerusi seruan agar mereka yang menghadiri perhimpunan itu memakai t-shirt warna itu.
Ia dibuat atas tuntutan agar pilihanraya diadakan secara adil dan telus.Dari segi prinsip tiada siapa yang mempertikaikan keperluan itu.
Masalahnya di sini apa yang tersirat disebaliknya boleh diumpamakan macam ‘ sudah terang lagi bersuluh ’.
Sumber:www.agendadaily.com
Tuesday, October 30, 2007
JUSTICE THROUGH MONARCH OR DEMOCRACY IN MALAYSIA
I also urged people and organization who has the same view as mine should not take part in the people movement 100 000 mobilization on 10 November 2007 when the core of the movement is been played and influenced by the people in the monarch system. The BERSIH committee should do some reformation in their own organization before trying to reform the government and voice out the displeasure of people view in this country.
Tuesday, October 23, 2007
NUKILAN DI SEBALIK PERHIMPUNAN 100 000
Risik-risik dari rakan juga rupanya orang di sebalik perhimpunan ini tak lain tak bukan iaitu rakan kita saudara AnwarPada 10 november ini akan berlangsung satu lagi perhimpuan rakyat untuk menuntut keadilan. Tapi adakah ini benar-benar perhimpunan mewakili rakyat. Risik-risik dari rakan-rakan saya ada yang tak sependapat rupanya. Kejap nak kuning ! kejap nak biru ! kejap nak merah !. Mana satu ni dipilih. Rupa-rupanya tiada sepakat juga perhimpunan ini. Mana tak nya takde kerjasama antara satu sama lain.
Risik-risik dari rakan juga rupanya orang di sebalik perhimpunan ini tak lain tak bukan iaitu rakan kita saudara Anwar. Beriya-iya dengarnya dia minta kroninya jalankan usaha ini. Jadi tak heranlah, orang yang dahulunya mengucar kacirkan negara kembali dengan perangai lamanya. Tapi kali ini saudara itu bijak jalankan jenteranya. Tapi awas! Benda lama bole berulang, peristiwa rusuhan berdarah boleh berlaku semula hanya disebabkan oleh seseorang memburu kepentingan dirinya. Wahai saudara Anwar, jangan lar dihuru harakan negara ini dengan agenda dan poltikusmu.
Rakanmu EZAM juga telah keluar dari kepompongmu disebabkan polituksnya sikap mu yang tamakan gelaran. Pejuangan EZAM barulah wira dan tidak seperti sesetengah individu yang hanya mahu mengambil kesempatan atas dasar untuk kembali merampas tahkta kepimpinan negara !.

