Tuesday, February 5, 2008

Apabila seseorang rakyat Malaysia itu menjadi “terlebih pandai”

Saya ingin memberi komen selepas melihat satu PERHIMPUNAN AMAN PROTES yang dianjurkan oleh pembangkang dan NGO bagi membantah kenaikan harga barang terutamanya harga minyak yang diadakan di KLCC baru-baru ini. Sebagai seorang rakyat MALAYSIA yang bertanggungjawab, yang cintakan keamanan dan tanahairnya, berpendapat sepatutnya perhimpunan tersebut tidaklah seharusnya diadakan kerana setahu saya perhimpunan tersebut tidak mendapat kelulusan permit dari pihak berkuasa dan melanggar arahan mahkamah agar tidak meneruskan perhimpunan tersebut. Secara tidak langsungnya, perhimpunan tersebut menjadi satu perhimpunan haram dan pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku yang boleh menyebabkan nama Negara tercemar.

Malaysia merupakan sebuah Negara demokrasi berparlimen. Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak kebebasan bersuara tetapi hendaklah mengikut lunas undang-undang yang sah seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Tetapi apabila seseorang rakyat Malaysia itu menjadi “terlebih pandai”, maka undang-undang sudah tidak menjadi perkara penting baginya asalkan matlamatnya tercapai. Orang seperti inilah yang menjadi duri dalam daging yang akan menghancurkan Negara dan menjadi pengkhianat Negara.

Umum mengetahui harga paras minyak global telah berada pada paras AS$90 setong dan dijangka akan naik sehingga AS$100 setong. Kenaikan harga petrol memang tidak dapat ditangguhkan berikutan kerajaan terpaksa menanggung subsidi bahan api tersebut berjumlah hampir RM 35 bilion dan jika kerajaan terpaksa menanggung berterusan subsidi tersebut untuk tempoh jangka panjang maka ia akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Negara. Di mana subsidi sebanyak itu mampu digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan Negara seperti membina sekolah, jalan raya, hospital dan sebagainya. Secara tidak langsungnya melalui kenaikan tersebut mampu untuk menjana ekonomi dan memberi perolehan kepada pendapatan kerajaan.

Apabila jumlah subsidi meningkat, maka jumlah wang yang terpaksa digunakan oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan akan turut berkurang dan secara tidak langsung mengurangkan keupayaan kerajaan untuk mengurangkan defiset Negara. Ia juga turut menyumbangkan masalah penyeludupan minyak ke Negara jiran. Penyeludupan ini haruslah dikawal bagi mengelakkan Negara mengalami kerugian besar.

Walaupun Negara kita merupakan pengeluar minyak, tetapi harus diingat bahawa harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan Malaysia. Di Malaysia Petronas hanya menguasai 30% pasaran dalam sektor penjualan runcit produk petroleum tempatan dan selebihnya dikuasai syarikat petroleum asing. Oleh itu, jika petronas dikehendaki menaikkan harga minyak atau menanggung subsidi minyak secara langsung, ini bermakna ia turut memberi subsidi kepada syarikat minyak asing.

Harap sedarlah wahai rakyat Malaysia yang masih cintakan keamanan. Elakkanlah terlibat dalam demontrasi jalanan yang hanya akan mencemar imej Negara di mata dunia sahaja. Jangan hanya mengikut kelompok-kelompok yang berjuang demi kepentingan politik mereka sahaja tanpa mengambil kira alas an yang munasabah dan rasional.

Pencinta Keamanan

15 comments:

Laksarian said...

You see, if the government stop stealing our money to buy private jets, build houses overseas, submarines, and mega corridors, we would have plenty of funds to continue/increase subsidies for fuel.

Anonymous said...

What buying private jet???????? Build houses in overseas??????
Submarines??????
Mega Corridorrs?????

DAP, PAS , KEADILAN, BERSIH , HINDRAF.....adalah penyebab kita akan menjadi pelarian satu hari nanti.....percayalah apabila mereka mendapat kuasa semua perkara mereka lakukan akan dilindungi oleh slogan kabur mereka untuk demokrasi, keadilan sejagat dan kebebasan......

Bila kita kenang 13 mei maka parti cina nie beruk kena belacan....melompat2 hinga terlupa yang mereka bukannya menang tapi cuma mengurangkan majoriti tapi sambutannya mengalah menang dan akhir berlaku rusuhan.....ironiknya orang-orang dan parti yang menyebab rusuhan ini sekarang mengatakan ia disebabkan oleh umno......terlupa sapa yang simbah darah babi dan tunjuk kemaluannya ketika berarak dengan slogan mampus melayu??????

Dan lebih ironiknya bekas pemimpin umno yang dulunya ketua pemuda umno yang mengumpul orang-orang melayu di stadium kampung baru kerana pemimpin cina mngeluarkan kenyataan mencabar status bumiputera sekarang bersekongkol dengan pemimpin yang memang azalinya hendak orang-orang melayu mampus di tanah mereka sendiri.

Pertanyaan pada pemimpin KEADILAN dan DAP adakah mereka sanggup untuk memberi kebebasan berarak kepada penyokong parti lain jika mereka berkuasa kelak?????????????memberi subsidi 100 peratus pada semua rakyat??????????

Jawapan untuk pilihanraya mungkin yea tapi sejarah mengajar kita lihat mexico, bangladesh, pakistan etc..............

MANUSIA MUDAH LUPA

Laksarian said...

What buying private jet???????? Build houses in overseas??????
Submarines??????
Mega Corridorrs?????


Ignorance much?

DAP, PAS , KEADILAN, BERSIH , HINDRAF.....adalah penyebab kita akan menjadi pelarian satu hari nanti.....percayalah apabila mereka mendapat kuasa semua perkara mereka lakukan akan dilindungi oleh slogan kabur mereka untuk demokrasi, keadilan sejagat dan kebebasan......

As if BN isn't doing that now?

May 13

Since I wasn't there during the incident and there are too many versions of what transpired by different people, I can't comment on that.

Pertanyaan pada pemimpin KEADILAN dan DAP adakah mereka sanggup untuk memberi kebebasan berarak kepada penyokong parti lain jika mereka berkuasa kelak?????????????memberi subsidi 100 peratus pada semua rakyat??????????

Jawapan untuk pilihanraya mungkin yea tapi sejarah mengajar kita lihat mexico, bangladesh, pakistan etc..............


You are passing judgment on them even before they gain political power. Besides, if the opposition didn't keep their promises like BN, the people can always vote them out.

MANUSIA MUDAH LUPA

Can't argue with that.

Anonymous said...

aduh bertampah susuh la org melayu pulau pinang nanti . tu la tak pakai akai bila dengar janji palsu musuh negara ..anuar ibrahim tu

Anonymous said...

Pening dgn senario politik skrg.Kalau xnak pening,libatkan masa dpn saya sndiri juga. Sbnrnya saya xbpihak kpd mana2 sgt. BN mmg byk salah, pembangkang pon ntah ape2.Tp saya percaya ada pemimpin dr kedua2 belah pihak yg btol2 baik & ikhlas. Ttp saya tau DSAI seorg yg berbahaya. X apa kalo org lain dr partinya menang pilihanraya,tp jgnla dirinya. Dia ancaman negara.
Utk pengetahuan semua, peristiwa 13 mei 1969 bukanlah satu rusuhan kaum ant melayu dan cina.mmg btol kaum cina yg menang berarak dgn penyapu nak sapu melayu.biasalah manusia kdg2 xdpt kwl perasaan.ttp melibatkan semua kaum, sama ada yg mengganas atau yg mnjadi mangsa.semuanya adalah krn anasir subversif,yg didalangi KMM.kalo kita dalami peristiwa sbnr hari tersebut,mesti kita akan lebih berhati2,terutmanya dlm memilih pemimpin negara.

Anonymous said...

According to laksarian, "You see, if the government stop stealing our money to buy private jets, build houses overseas, submarines, and mega corridors, we would have plenty of funds to continue/increase subsidies for fuel." Whether that is true or not is debatable, but let's for a moment assume that this accusation is true. The PR is demanding that the money used to buy these jets be used for benefiting the rakyat. I may be wrong, but if you're right, then the money's gone. No amount of protest is going to undo the mess.

Anonymous said...

defisit, inflasi dan keupayaan ekonomi harus dikawal dgn baik tanpa membebankan mana2 pihak...

Anonymous said...

Tok Det is still the best.

Anonymous said...

hidup indiamuslim

www.indiamuslim.com.my

Anonymous said...

Kasi tukar nama blog maa..u punya blog ada tulis BERSIH maa..maw join sama kitaorg ka?

Bersihlah said...

Kami juga adalah pencinta kedamaian Marilah kita menyokong Kerajaan Malaysia.

http://bersihlah.blogspot.com

Tanah Melayu Malaysia Tercinta

johnwhite said...

I like this site very much.
dating sites

roni said...

mantap

Shintech said...
This comment has been removed by the author.
GVS Malaysia said...

GVS Malaysia
was founded with a goal to advance positively alongside the local community and in tandem with the group’s strategic expansion plan that would serve both foreign industries and locals alike