Showing posts with label british. Show all posts
Showing posts with label british. Show all posts

Sunday, December 2, 2007

HINDRAF SEMAKIN LEMAH


Perhimpunan HINDRAF di Batu Caves pada 2 Dis 2007 bukan sahaja lemah tetapi ternyata gagal. Masyarakat Hindu menganggap penyokong dan pemimpin HINDRAF telah tersasar dari perjuangan kerana menggunakan kuil untuk tujuan yang salah. Sejak demonstrasi pada 25 Nov 07 di Kuala Lumpur dua minggu lepas, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pucuk pimpinan mereka untuk mengekalkan sokongan terhadap HINDRAF tetapi penyertaan dalam aktiviti yang dianjurkan selepas itu terbukti berkurangan. Ini disebabkan sikap pemimpin-pemimpin HINDRAF yang suka meniupkan api perkauman dalam agenda perjuangan mereka. Mereka mendakwa akan mengumpulkan lebih 10,000 orang semasa perbicaraan pemimpin-pemimpin mereka di Klang pada 26 Nov 07, bagaimanapun cuma 1000 orang yang hadir.

Masyarakat India sedar api perkauman yang ditiupkan HINDRAF akan membinasakan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Apakah ianya munasabah apabila HINDRAF dalam ceramah - ceramahnya mendakwa 100 orang India telah dibunuh oleh kaum Melayu di Kg. Medan pada tahun 2000 yang lalu. Dakwaan ini dibuat semata - mata untuk menyemai rasa benci orang India terhadap orang Melayu di negara ini. Satu dakwaan HINDRAF yang tidak berasas ialah tuduhan mereka bahawa kerajaan telah merobohkan sebuah kuil setiap hari di negara ini.

Di Batu Caves sendiri orang India dapat hidup aman dan tenang malahan patung Murugan telah didirikan begitu besar untuk masyarakat India beribadat. Ketenangan di Batu Caves mula tercemar apabila pemimpin HINDRAF cuba menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat untuk menabur fitnah terhadap kerajaan dan orang Melayu. Sekiranya kuil tersebut dijadikan tempat untuk memusuhi orang lain, adakah ia sastu langkah yang baik untuk dipertahankan???.... Rasa curiga dikalangan rakyat Malaysia akan wujud setiap kali orang-orang India berkumpul di kuil dan orang - orang Melayu menjalankan apa jua upacara di masjid. Masalah ini tidak pernah wujud sebelum merdeka kecuali dengan kehadiran HINDRAF yang cuba meniru cara dan tindakan pejuang bangsa dan agama yang dilakukan di luar negara ini seperti di Sri Lanka.

Sebagai contoh, cuba kita lihat apa yang telah berlaku di negara Bosnia di mana orang Islam yang merupakan kumpulan minoriti enggan menerima realiti dikelilingi majoriti masyarakat Serbia, akhirnya hidup dalam kemusnahan yang berpanjangan sehingga ke hari ini. Cuba renungkan.

Apa yang jelas disini, perjuangan HINDRAF hanya bersifat perkauman dan sekali gus akan menimbulkan suasana tidak aman dalam jangkamasa yang panjang. Sejarah turut membuktikan perjuangan puak ekstrim tidak dapat diterima masyarakat negara ini yang cintakan kedamaian. Ayuh….tinggalkan perjuangan HINDRAF yang akan mendatangkan bencana kepada negara dan bagsa Malaysia yang hidup dalam kedaan aman sentosa. Kita juga khuatir perjuangan HINDRAF akan merugikan banyak pihak.

Tindakan pemimpin-pemimpin HINDRAF membangkitkan soal - soal lama seperti tindakan British membawa mereka masuk ke negara ini boleh diumpamakan tuntutan yang tidak munasabah di mana “apabila masa lalu, bertelagah dengan masa kini, masa depan rugi”.

HINDRAF Wawasan 2020

_________________________________________________________________________

- English Version -

HINDRAF LOSING GROUND

A clear indication of HINDRAF failure is the poor turnout during the HINDRAF gathering at Batu Caves on 2 DEC 2007. The Hindu community now realizes that HINDRAF has deviated from its cause the moment it misuses the temple for its own ends. Following the 25 NOV gathering in KL, HINDRAF leaders has been desperate for support that is increasing by dwindling. The attempted to rally 10,000 people for the court case in Klang on 26 NOV 2007 but less than 1000 showed up. One of the main reasons for this is because HINDRAF leader is seen to be fanning the fires of racialism as part of their agenda.

The Indian community realizes that the racialism issue played up by HINDRAF would eventually lead to the destruction of multi-racial Malaysia. HINDRAF exploitation of racialism is not only ridiculous but is down right dangerous. This include examples of their rhetoric whereby HINDRAF leaders claimed that 100 Indians were killed by the Malay during the Kg. Medan incident in the year 2000. Another example is the HINDRAF allegation that the government is destroying Hindu temples at the rate of one temple per day. These ridiculous and bare less allegation are designed to instill Indian hatred toward the Malays.

Life in Batu Caves is peaceful and serene. The construction and placement of the imposing Lord Murugan deity is another milestone in Hindu work ship here. Now, all these is marred when HINDRAF leaders manipulate this religion site to spread lies against the government and the Malays. This is wrong and must be stopped. Otherwise every time the Hindus step into a temple, the Malays will get suspicious and every time the Malays congregate in the mosque, the Hindus will get worry. This has never happened before and it must be nipped in the bud before it escalates into another Sri Lanka.

It is clear that the HINDRAF cause is racially motivated and will lead to public disorder and insecurity in the long run. The peace loving Malaysia people has time and again, rejected such extreme ad fanatical causes. Forget HINDRAF and let’s embrace stability and security. HINDRAF will only lead to despair.

Forget about the British connection and colonialism. Let us bury the post and work for better future for all. Remember, when the pas clashes with the present, the future suffers.

HINDRAF Wawasan 2020.