Monday, December 31, 2007

S. Paranjothy Tersilap Langkah

Bukan mudah untuk menjadi juara. Kejayaan hanya akan muncul setelah kita berjuang untuk satu tempoh yang lama untuk mendapatkan sesuatu. Ia tidak akan jatuh ke riba kita dalam sekelip mata. Itu adalah perumpamaan kepada setiap orang yang yang mengimpikan kejayaan dan seterusnya mengecapi kejuaraan bagi sesebuah organisasi atau individu.

Siapakah S. Paranjothy sebenarnya? Kenapa beliau tiba-tiba sahaja cuba menjadi juara untuk memperjuangkan nasib kaum India selepas isu HINDRAF ini menjadi popular. Sedangkan beliau sepatutnya memperjuangkan nasib kaum India sejak dahulu lagi jika benar kaum India berhadapan dengan masalah yang belum diselesaikan dibawah payung Parti Gerakan. Beliau seharusnya melontarkan pendapat dan idea beliau melalui saluran yang betul iaitu iaitu usaha diplomasi atas semangat persahabatan antara parti komponen Barisan Nasional. Adakah beliau ingin menaikkan populariti beliau sebagai ahli politik?

Tetapi tindakan S. Paranjothy ini seperti lagaknya yang beliau adalah dari parti pembangkang, yang menangguk air yang keruh dimana keadaan yang semakin panas dimarakkan lagi dengan kenyataan beliau yang jelas membelakang parti yang selama ini didokong oleh UMNO. Ianya bukan isu untuk menyokong parti UMNO tetapi ini telah memberi kelebihan kepada pihak pembangkang untuk menggunakan isu ini sebagai modal untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang. Apakah dengan cara ini, Paranjothy dapat menjadi seorang menteri dalam tempoh yang singkat? Apa yang boleh disimpulkan disini, Paranjothy amat mementingkan kuasa daripada memperjuangkan nasib kaum India.

Jika dilihat dari logiknya, Paranjothy mempunyai peluang yang lebih cerah untuk membawa isu-isu masyrakat India jika beliau menjadi ahli didalam sesebuah parti Barisan Nasional. Pemangku Presiden Gerakan sendiri telah menegaskan yang tindakan keras akan dikenakan ketas Paranjothy ekoran kenyataan beliau tempoh hari. Jika beliau disingkirkan sebagai ahli di dalam Parti Gerakan, adakah usaha belaiu akan berjaya untuk memperjuangkan masalah masyarakat India jika beliau menyertai parti pembangkang? Sehingga kini belum lagi terdapat bukti yang kukuh pembangkang telah melakukan usaha sehingga berjaya untuk membantu rakyat selama ini.

Apa yang boleh diperkatakan, kini segelintir ahli politik di Malaysia amat gemar untuk menggunakan isu-isu panas dalam usaha untuk menaikkan nama mereka masing-masing. Sememangnya diakui, sebagai ahli politik, tujuan utama adalah untuk memajukan bangsa masing-masing dan seterusnya memenangi hati masyarakat. Tetapi, seelok-eloknya gunakalah cara yang diterima akal kerana terdapat pepatah yang menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Ianya bukan bererti mengugut tetapi lebih kepada peringatan kepada semua bangsa tidak kira Melayu, cina atau India, janganlah memainkan sentimen perkauman kerana kita tidak mahu tragedi 13 Mei akan berulang kerana kesannya adalah amat buruk sekali .

Bukan mudah untuk membentuk kesepakatan kaum yang telah lama terjalin selama. Negara kita sering dijadikan contoh sebagai sebuah negara majmuk yang hidup aman damai disamping kepelbagaian kaum. Cukuplah sekali sejarah telah mengajar kita dan jangan biarkan sejarah berulang kembali. Kita harus belajar dari kesilapan dan memandang ke hadapan untuk mencapai nagera maju menjelang 2020.

3 comments:

Anonymous said...

I think the hindus wants to run malaysia now . Bangun lah wahai semua anak melayu ,selamatkan bangsa dan tanah air mu .

Anonymous said...

kenapa tak ada update dalam blog awak ..

Anonymous said...

wow gold,World Of Warcraft gold,ffxi gil,world of warcraft power leveling wow power leveling,wow gold,World of warcraft power leveling,buy wow gold,wow gold,Cheap WoW Gold,buy world of warcraft gold for cheap Cheap WoW Gold,WoW Gold,world of warcraft gold,WoW Gold,cheap wow gold,cheap wow gold,wow gold
wow gold,wow power leveling.wow power leveling,wow power leveling,world of warcraft gold,world of warcraft gold,wow gold,world of warcraft gold wow gold,wow gold,wow gold,wow gold,wow gold,wow gold,传世私服传世私服, 传奇世界私服传奇世界私服 j2m4d4se