Sunday, October 14, 2007

PERHIMPUNAN AMAN 100,000?

Bagaimana mungkin kita dapat menghimpunkan 100,000 rakyat di tengah-tengah Kuala Lumpur jika usaha mengembelingkan semangat dan keyakinan mereka tidak dilakukan, usik saya. Saya lihat, warga kota macam tidak berminat terhadap politik.

Yang turun padang, hanya aktivis atau pemimpin yang berjawatan. Rakyat mana? Orang awam mana? Ahli-ahli pembangkang mana? Demo kenaikan harga minyak, tidak dapat sambutan! Undi di kawasan orang Melayu makin merosot…

Selepas tragedi buruk di Batu Buruk itu, tiadalah diketahui sejauh mana pula harapan rakyat untuk hadir ke perhimpunan 100,000 anjuran BERSIH ini.

Hujah saya cukup relevan. Jika Ahli pembangkang pun tidak ghairah bertanya darihal tarikh dan perhimpunan itu, maka agak mudah untuk meramal semangat akar umbi untuk menyertai perhimpunan tersebut nanti.

Himpunan ini adalah himpunan aman. Tiada bendera parti dikibarkan. Tiada senjata hatta sebesar mancis apipun dilarang bawa sama sekali. Tiada ceramah atau teriakan slogan. Hanya berhimpunan tanda protes kepada kerajaan yang masih tidak memberikan pilihan raya adil dan bersih.

Soalnya, apakah semudah itu kita menghimpunkan rakyat? Apakah semudah itu pihak polis membenarkannya? Dan apakah semudah itu puak-puak Umno membiarkan himpunan itu menujah kepala mereka?

Pada hemat saya, pimpinan pembangkang juga boleh menjangkakan, apa jua provokasi akan dilakukan oleh mereka. Ya! Seperti di Batu Buruk. Berpuluh atau beratus barangkali tempat itu dijadikan ceramah, tiada huru hara berlaku, 'tup-tup' kali ini terjadi “rusuhan”….

Jadi!!! Fikirkan masak – masak sebelum menyertai perhimpunan aman pada 10 november 2007 ini sedangkan pembangkang pun masih tidak mampu menurunkan semua ahli mereka,adakah rakyat marhaen mampu melakukannya...

No comments: