Wednesday, December 12, 2007

ANUGERAH PELAKON TERBAIK MALAYSIA - DATUK SERI ANWAR IBRAHIM


Episod demi episod, lakaran pembangkang mencabar pihak Kerajaan sungguh berkesan. Skrip yang diatur cukup rapi oleh pembangkang. Tapi mana lead actor @ director nya? Nampaknya hero villan ‘ Datuk Seri Anwar Ibrahim’ rupa - rupanya baru turun di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada awal pagi 11 Disember 2007.

Dakwaan Datuk Seri Anwar yang ditahan selama 30 minit di lapangan terbang Kuala Lumpur oleh sumber laman web Malaysiakini adalah tidak berasas sama sekali dan jelas cuba mempropagandakan keadaan semasa yang sedang berlaku. Kenyataan beliau bahawa tindakan itu di ibaratkan ‘clear harassment’ adalah sengaja dikeluarkan untuk meniupkan lagi api semangat penyokong beliau yang sememangnya ekstremis dan tidak tahu mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan. Lihat sahaja boneka - boneka Datuk Seri Anwar seperti saudara Tian Chua, Lateffa Koya, Tan Sri Khalid dan kroni-kroni seangkatanya yang berani membuat protes dan perhimpunan walaupun diberi amaran sebarang program yang tidak mempunyai permit tidak boleh diadakan.

Tindakan mengadakan program perhimpunan ini memang sengaja dirancang untuk memberi imej buruk kepada kerajaan dan Polis yang terpaksa mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat. Lagi banyak pengikut Datuk Seri Anwar ditahan, lagi nampaklah pengaruh beliau dengan mengatakan kerajaan bertindak ganas dan tidak memberikan peluang kepada mereka untuk menyuarakan kebebasan. Syabas Datuk Seri Anwar, walaupun DISOAL TIDAK SAMPAI 15 minit oleh pegawai imegresen, namun sembangnya macam ditahan selama setengah jam ! Sekali lagi, pengarah filem ini berjaya memainkan isu sekecil ini untuk dicanang kepada seluruh rakyat bahawa Kerajaan sengaja bertindak sedemikian ke atas dirinya. Wahai saudara, simpan sahaja simpati dan lakonan Datuk Seri untuk isu-isu akan datang.

Jika keraguan rakyat masih belum mempercayai lakonan mantap Datuk Seri Anwar Ibrahim, silalah lihat paparan video ini yang telah dilakonkan oleh lead actor ‘Datuk Seri Anwar’. Hebat dan mantap lakonan saudara. Dihadapan rakyat terkapai-kapai meminta pertolongan dipapah, tetapi di dalam dihospital boleh pula berdiri sendiri ? Ajaib sungguh Datuk Seri Anwar. Apakah ini yang dinamakan pejuang rakyat atau pejuang reformasi? Pada saya, cara Datuk Seri Anwar ini lebih mirip kepada lakonan hero Hindustan dalam filem-filem Bollywood !.




Rakyat juga selalu dimomokkan bahawa Kerajaan sering tidak memaparkan isu-isu yang diperjuangkan oleh mereka tetapi tahukah saudara bagaimana pihak pembangkang memanipulasikan isu-isu ini untuk memberikan imej buruk kepada kerajaan ? Dalam hal ini amat mudah untuk kita melihat satu contoh pelakon terbaik di Malaysia, iaitu tak lain tak bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sememangnya terkenal dengan agenda politiknya yang rakus mahu merampas semula tahkta Kerajaan dengan apa jua cara sekalipun, termasuk menggadai dan memburukkan maruah negara di mata dunia.

With Love from;
True Malaysian Reformist

11 comments:

Anonymous said...

betul ke nie?? siap ada video laie.. ngeri plak..

Anonymous said...

Cuba lihat dari penulis jebat_derhaka.

http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=70707&st=200&gopid=4325040&#entry4325040

Rasa ada kebenaran cerita ini..

Tipah Tertipu lagi...

Anonymous said...

bro, berita Anwar ditahan di KLIA keluar Utusan Malaysia la.. sapa yang menipu nih.. aku ada member keja kat Jab. Imigresen, dia check nama Anwar memang kena blacklisted.

Apa cerita nih, gomen nak buat macam Altantuya ke? main delete2 file imigresen?

Anonymous said...

baru korang tahu camne manusia 2 alam tu...diakan mastermind...klu dia jadi PM, silap2 negara kita trus dijajah balik...kene jual...

Anonymous said...

Aku rasa video tu dah di edit. cuba tengok tarikh kat video tu.Pelakunnya mmg la terbaik tapi editornya masih bangang.
aikk aku terlebih kata kerrr???

Anonymous said...

Ya Allah, tak berkualitinya orang yang cuba memfitnah ni..
Watch the video carefully..

Part I - Anwar di papah ke dlm trak polis, video di tangkap pada 4/4/2001, 12:49pm

Part II - Di Hospital, video di tangkap pada 23/4/2001, 2:19pm

Part III - Di Hospital, video di tangkap pada 19/4/2001, 10:58am

Part III - Anwar kononnya sudah mampu bangun dari sebelum itu perlu dipapah, video di tangkap pada 9/5/2001, 10:28am

Part IV - Anwar msk ke dlm wad beliau, video di tangkap pada 3/5/2001, 10:31am

What else should I say to explain this?
Fikir-fikirkan....

Anonymous said...

Ya Allah, tak berkualitinya orang yang cuba memfitnah ni..
Watch the video carefully..

Part I - Anwar di papah ke dlm trak polis, video di tangkap pada 4/4/2001, 12:49

Part II - Di Hospital, video di tangkap pada 23/4/2001, 14:19

Part III - Di Hospital, video di tangkap pada 19/4/2001, 10:58

Part III - Anwar kononnya sudah mampu bangun dari sebelum itu perlu dipapah, video di tangkap pada 9/5/2001, 10:28

Part IV - Anwar msk ke dlm wad beliau, video di tangkap pada 3/5/2001, 10:31

What else should I say to explain this?
Fikir-fikirkan....

kingdunnoz said...

Ya Allah, tak berkualitinya orang yang cuba memfitnah ni..
Watch the video carefully..

Part I - Anwar di papah ke dlm trak polis, video di tangkap pada 4/4/2001, 12:49

Part II - Di Hospital, video di tangkap pada 23/4/2001, 14:19

Part III - Di Hospital, video di tangkap pada 19/4/2001, 10:58

Part III - Anwar kononnya sudah mampu bangun dari sebelum itu perlu dipapah, video di tangkap pada 9/5/2001, 10:28

Part IV - Anwar msk ke dlm wad beliau, video di tangkap pada 3/5/2001, 10:31

What else should I say to explain this?
Fikir-fikirkan....

Anonymous said...

kalo pelakon terbaiknye anwar ibrahim, palakon terburuknye plak blehla bg kat org2 dlm kerajaan tu sendiri. tak pandai2 berlakon. smpi skang nampak kaku je bile berckp. ckp mcm seorang penipu pon mesti perlukan kepakaran yg tinggi dlm bidang lakonan. blajar dgn bush (USA) mungkin pandaila sket skill lakonan tu.. tambah sket dgn olmert punye pengalaman. tak lupe kpd thaksin.

Anonymous said...

pukimak lu pocai....dah la ckp leboh..tp totop ,uke dgn surat kabor...tu mcm org mati xcident..totop ngan surat kabar....gelak sket..hahaha

Anonymous said...

Tahniah DSAI jd pelakon terbaik maka pelakon terhodoh terbodoh disanalah. Ikut lah yg terbaik, kamu jgn jd bodoh. Tenguk yg bsama DSAI BUKAN ORG BODOH, ORG YG HEBAT