Tuesday, October 16, 2007

KEMANA HILANGNYA LAMBANG DEMOKRASI, BOIKOT PERHIMPUNAN 100 000.

Sebagai seorang rakyat saya terpanggil memberikan pandangan kerana setelah membaca laman web ini yang diterima dari seorang rakan di internet. Nak dikatakan saya orang politik seperti sesetengah pemimpin kita, jauh sekali, tetapi sebagai salah seorang rakyat yang berada di dalam sebuah negara yang berbilang bangsa, saya merasa perlu memberikan komen tentang perkara ini.

Pertama sekali, saya sebagai salah seorang rakyat yang dipinggirkan oleh kerajaan merasakan adalah tidak wajar BERSIH memilih warna kuning bagi perhimpunan 10 November 07. Pada hari itu akan berlangsungnya satu lagi perhimpuan rakyat untuk menuntut keadilan dalam pilihanraya. Tapi adakah ini benar-benar perhimpunan mewakili rakyat. Walau pada hakikatnya, BERSIH menjelaskan ianya tiada kaitan dengan warna Agong, tetapi pada dasarnya ia memang menjurus kepada warna kuning melambangkan warna diRaja. Di sini saya tekankan, warna kuning memang tidak langsung melambangkan perjuangan rakyat yang digembar gemburkan oleh BERSIH.

Kami merasakan pemakaian warna ini jelas melambangkan warna di Raja dan seolah-olah memberi mesej kepada kuasa raja untuk campur tangan!!!. Apa pihak raja yang telah lakukan untuk demokrasi yang selama ini kami perjuangkan dan laungkan “REFORMASI REFORMASI REFORMASI”. Kamilah yang bergolok bergadai dijalanan dan memperjuangkan keadilan. Mana pahlawan kesatria yang lain, satu pun tidak bersuara.

Kamilah yang bergolok bergadai dijalanan dan memperjuangkan keadilan. Mana pahlawan kesatria yang lain, satu pun tidak bersuara.

Kami sama sekali menentang pemakaian warna kuning dalam perhimpunan ini. Kami juga menyeru kepada sesiapa yang tidak mempersetujui dan bersependapat dengan kami supaya MEMBOIKOT sama sekali perhimpunan 100 000 di Dataran Merdeka pada 10 November 07.

Biar pehimpunan lain yang benar-benar melambangkan perpaduan rakyat yang dihadiri, dari menghadiri perhimpunan yang hanya mahu mencari propaganda atau melibatkan kuasa dari pihak lain.

1 comment:

Anonymous said...

Pada saya la Pocai..biar la perhimpunan tu diadakan...tak kesah la warna apa pun mereka nak pakai. andai kita kecam warna baju mereka, warna apa nak dipakai menghadiri perhimpunan?kalau nak di kira warna...setiap warna melambangkan sesuatu...jadi wajarkah mereka datang dgn tidak berbaju???just let them do it. lets see what they want to say. we need to hear these ppl voice so that we know what they want and what we lack of in our government. sampai bila kita nak ada di takuk yang lama?we need evolusion in order to move forward.