Tuesday, November 20, 2007

Askar Melayu bantu awasi perhimpunan 10 November atas permintaan Polis, bukan arahan Tuanku SPB YDP Agong


Begitu banyak khabar-khabar angin tersebar semasa “Perhimpunan Baju Kuning November 10” Sabtu minggu lepas bagaimana baginda Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan kepada Briged ke 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja, yang berpengkalan di Sungai Petani untuk ‘melindungi; para peserta perhimpunan itu. Ini sekali gus memberikan banyak keyakinan kepada mereka.

Kemudian, Malaysia Today pula mengeluar sebuah artikel “What the eye does not see” pada Jumaat 16 November 2007, yang mengesahkan khabar-khabar angin tersebut.

Kini ujud penafian keatas apa yang disahkan oleh artikel Malaysia Today itu. Menurut artikel yang dipetik dari lama web pro UMNO Berita MyKMU.net, yang disiarkan pada Isnin, 19 November 2007 ini, Polis DiRaja Malaysia sebenarnya yang meminta bantuan Askar Melayu untuk membantu mengawasi/mengawal keselamatan/ketenteraman awam sekiranya berlaku apa apa kejadian yang tidak diingini:


Askar Melayu bersiap sedia pada 10 November atas permintaan Polis

Contributed by SiKenit on Monday, November 19 @ 16:57:39 MYT


Begitu banyak khabar khabar angin, terutama dikalangan penganjur dan perserta perhimpunan/perarakan haram 10 November, telah diperkatakan bahawa Askar Melayu telah di’kerah’ DYMM SPB YDP Agong untukmemberikan ‘perlindungan’, secara pihak Polis mengambil tindakan keatas pendemonstrasi/peserta perhimpunan/perarakan haram itu.

Khabar Khabar angin yang begitu popular dan memberikan ‘keyakinan’ kepada penganjur/pendemonstrasi/peserta perhimpunan/perarakan haram itu agar apa yang mereka lakukan sebenarnya ‘diperkenan’ dan ‘restui’ baginda SPB YDP Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud, seorang Raja yang dikatakan berjiwa rakyat itu.

Namun apabila Dato’ Pengelola Bentara Bijaya Istana Negara Dato’ Wan Mohd. Safiain Wan Hasan memanggil sidang media khas, termasuk TV, menegaskan bahawa sebenarnya SPB YDP Agong “merasa kesal dakwaan baginda menyokong perhimpunan haram“, ada pihak pihak tertentu ‘tersentak’ kerana kenyataan rasmi ini. ‘Harapan’ dan ‘ayam tambatan’ mereka sebenarnya dusta belaka.

Sebagai reaksi kepada kenyataan ini, Raja Petra Kamaruddin telah menyiarkan dalam Malaysia Today artikel berjudul “What the eye does not see“, sebagai reaksi serta merta kepada kenyataan rasmi Istana Negara itu. Dalam artikel in, Raja Petra dengan jelas menafi dan pertikaikan kenyataan rasmi yang dibuat Dato’ Wan Mohd. Safiain itu dan secara peribadi, pegawai tinggi Istana Negara itu diperlekeh lekehkan. Sehingga no. KPT dan no. keahlian UMNOnya juga disiarkan.

Yang penting sekali, artikel Malaysia Today ini terus menegaskan bahawa baginda Tuanku Sultan Mizan sememangnya memberikan ’sokongan’, ‘perkenan’ dan ‘restu’ bahawa perhimpunan/perarakan ini diteruskan, termasuk baginda kunun-kunun memohon nama-nama mereka yang terlibatkan dipersembahkan kepada baginda. Lebih dahsyat lagi, dijelaskan dalam artikel tersebut bahawa baginda Tuanku Sultan Mizan meminta Briged ke 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang berpengkalan di Sungai Petani dikerah ke Sungai Buloh, bersama sama 14 buah kereta perisai, untuk memberikan ‘perlindungan’ kepada pendemonstrasi sekiranya Polis mengambil tindakan. Peristiwa Batu Burok dijadikan modal sandaran.

Ini semuanya adalah dusta dan pembohongan semata mata. Fakta telah dimanipulasi untuk memberikan ’semangat’ dan sebahagian dari ‘penghalalan’ tindakan mereka yang jelas bertentangan dengan undang undang Malaysia. Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara!

Apa yang sebenarnya berlaku ialah perhimpunan/perarakan haram ini diwar warkan oleh media alternatif berminggu sebelum acara. Mereka mengharap dan anggarkan bahawa 100,000 orang akan menyertai perhimpunan/perarakan haram 10 November itu.

Polis DiRaja Malaysia, agensi biasa menjaga keselamatan dan ketenteraman awam merasakan sedikit sukar untuk mengawal keadaan, sekiranya benar 100,000 orang akan berhimpun/berarak pada tengahari Sabtu itu. Olehdemikian, Tentera Darat telah diminta oleh Polis untuk memberikan bantuan, sekiranya perlu apabila keadaan berlaku diluar kawalan dan kecemasan atau sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Sebenarnya, pada tengahari Sabutu itu, pegawai pegawai tinggi Tentera Darat berada dipusat kawalan utama Bukit Aman, bersama sama pegawai pegawai tinggi Polis merancang dan memantau seluruh proses mengawal/menyelia/mengawasi perhimpunan/perarakan haram 10 November 2007 itu. Tentera Darat yang berada dalam keadaan siap sedia itu memang unit biasa yang berpengkalan di Kem Wardieburn dan Kem Sungei Besi, sekitar Lembah Klang.

Maka tidak benarlah apabila Malaysia Today dan Raja Petra menyatakan bahawa Briged ke 19 RAMD didatangkan khas dari Sungai Petani untuk kunun-kunun ‘melindungi’ pendemontrasi perhimpunan haram. Kalau ikut logiknya, Kem Garisen berada di Port Dickson, yang termasuk rejimen mekanised dan satu Divisyen berada di Kem Terendak, termasuk Kor Gerak Khas yang berpengkalan diKem Sungai Udang. Unit-unit ini lebih mudah dikerah apabila berlaku satu kecemasan dan lebih hampir ke Lembah Klang berbanding dari Sungai Petani.

Sungguh tidak bertanggung jawab Malaysia Today menyiarkan artikel yang mengandungi unsur-unsur hasutan:

1. Memperlekeh dan menghina institiusi Raja Raja Melayu
2. Mempertikai dan mempersoal kenaytaan rasmi Istana Negara bagi pihak DYMM SPB YDP Agong
3. Memfitnah SPB YDP Agong kunun kunun mengeluarkan ‘arahan’ kepada Briged ke 19 RAMD digerakan semata mata perhimpunan/perarakan haram 10 November 2007
4. Mempersoal dan perikaikan integriti dan professionalism RAMD
5. Mempersoal dan peritikaikan integriti dan professionalism Polis DiRaja Malaysia, terutama kemampuan dan kekuatan menjaga keselamatan dan
ketenteraman awam semasa perhimpunan/perarakan haram Sabtu 10 November 2007 itu.

Satu Laporan Polis telah dibuat keatas Malaysia Today dan Raja Petra Kamaruddin berkenaan artikel tersebut.

Wajarlah pembaca internet membuat penilaian yang mana fakta dan yang mana dusta/pembohongan atau manipulasi fakta.

Sumber : bigdogdotcom.wordpress.com

4 comments:

Anonymous said...

dude, atas dasar apa Askar Melayu nak terima arahan PDRM?

2 entiti ni pun 'tak ngam' sejak azali lagi.. dua2 entiti ni ada ego masing-masing.

untuk author artikel nih, sila berpijak didunia yang nyata boleh tak? AGONG adalah pemerintah tertinggi TENTERA. tak mungkin Tentera mengikut arahan Polis.

Tentera bukan anjing macam Polis.

Anonymous said...

adakah kenyataan yang dibuat olih seorang penulis berdarah raja bertujuan untuk menghina dirinya sendiri seperti yang saudara dakwa beliau menghina institusi di Raja Malaysia?

fikir panjang boleh tak? think outside the box, not think outside the brain!

Anonymous said...

ape pun yg korang pk..jgn sesekali mengatakan anjing or binatang lain untuk tujukan kepada sesiapa...mereka juga ada hati dan perasaan..POLIS..mereka bekerja untuk menjaga keselamatan negara..yg kita nampak hanya benda2 kecil yg pihak pembangkang buat dan polis cuba menghalang...tp tidakkah anda pk yg kehidupan anda yang aman damai sekarang ni di bumi MALAYSIA atas jagaan siapa kalau bukan POLIS..kesian diorang..keje siang dan malam..nak pastikan rakyat negara ini tido nyenyak setiap malam..buat risikan macam2..tp ANJING yg mereka terima...klu satu hari nanti PAS or DAP or Keadilan or parti politik ape pun amik alih kerajaan..polis akan keje bwh pemerintahannya..klu masa tu PAS..kira polis ni anjing PAS la kan...so lebih baik anda2 sume buat keje sendiri..cermin diri...tak yah la nak tuding jari..saya rasa tanggapan masyarakat pada polis dan tentera mmg jauh menyimpang...masakan dalam beberapa majlis, ketua tentera n ketua polis ble duduk sekali..tu tgk la dalam berita..lagi satu...polis bukan bagi arahan kat tentera...tapi minta pertolongan...tlg bezakan antara "bagi arahan" dgn "minta pertolongan @ bantuan" yeee...

Anonymous said...

mintak pertolongan @ bantuan itulah arahannye.

arahan anda adalah supaya memberi bantuan kepada pasukan polis.

tak betul ayat aku?

tolong komen pasal RPK sket.. aku nak dengar apa yang ko nak kata pasal Raja Petra Kamarudin (RPK).