Sunday, November 4, 2007

Mencari satu gelombang…

Dari sudut mana sekalipun memang agak sukar bagi siapapun untuk percaya perhimpunan "Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil" yang hendak dianjurkan gabungan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan NGO) di Dataran Merdeka pada 10 November ini tiada motif politik.


Ini bila melihat barisan penganjurnya sendiri yang kebanyakan terdiri dari orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR),PAS dan DAP.


Malah adanya cakap-cakap yang berlegar mengatakan pihak pembangkang cukup gembira kerana merasakan mereka berjaya meraih simpati orangramai dari peristiwa rusuhan di Kuala Terengganu pada 8 September lalu.


Dari perkembangan terkini timbul kebimbangan kekecohan yang berlaku di Kuala Terengganu boleh berjangkit di Kuala Lumpur pula.


Polis bertegas perhimpunan itu wajib ada permit manakala penganjur nampaknya sudah set nak meneruskannya sekalipun tanpa permit.Yang jelas bibit-bibit kemungkinan berlaku pertembungan sudah ada.


Nampaknya jadi ke tak jadi perhimpunan itu yang mengsasarkan 100,000 orang hadir awal-awal lagi sudah menjadi satu isu.


Rusuhan di Kuala Terengganu berlaku bila kalangan penyokong parti pembangkang terus berhimpun untuk menghadiri satu majlis ceramah anjuran Bersih sekalipun tidak ada permit polis.


Peristiwa yang dicemari dengan insiden membakar bendera Jalur Gemilang dan tembakan peluru hidup oleh seorang anggota polis yang hendak menyuraikan perhimpunan itu menjadi satu bahan bualan dan polimek.


Apa jaminan provokasi seumpama itu tidak bergema di Dataran Merdeka nanti?


Siapa saja di pihak pembangkang pasti mahu udara segar seumpama ini sebagai satu 'kick off' baginya untuk menambat hati pengundi menjelang pilihanraya.


Badai reformasi ekoran kes Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihanraya 1999 yang membuatkan Barisan Nasional hilang banyak kerusi sudah cukup untuk membuktikan bagaimana pembangkang perlu satu gelombang.


Ada sumber dalaman pembangkang yang mengakui bukan senang hendak mengugat Barisan Nasional tanpa ada sebarang gelombang yang boleh buat orang jadi geram.


Penganjur Perhimpunan 10 November memang tidak berselindung pada hajatnya untuk mencetuskan apa yang dikatakan ‘gelombang kuning’, menerusi seruan agar mereka yang menghadiri perhimpunan itu memakai t-shirt warna itu.


Ia dibuat atas tuntutan agar pilihanraya diadakan secara adil dan telus.Dari segi prinsip tiada siapa yang mempertikaikan keperluan itu.


Masalahnya di sini apa yang tersirat disebaliknya boleh diumpamakan macam ‘ sudah terang lagi bersuluh ’.

Sumber:www.agendadaily.com

3 comments:

tarmizirais said...

Amende ni pocai.. macam di bayar-bayar je ko buat keje ni.. berapa dapat ??? boleh buat pegi haji ke???????

.L A L A. said...

haha.
kelakar la kau ni pOcai.
men amek je sumber dr web tuh.
kO da siasat ker sumber kesahihan cite tersebut ?

Pocai said...

Sebab dah siasat ler berani taruk kat sini. Zaman sekarang ni akses maklumat is 'borderless'. Cuma kematangan kita berfikir dan bertindak tidak mengikut nafsu boleh memimpin seseorang tu ke jalan yang benar.

"Tuhan bagi akal, gune ler". itu pun nak diajor...