Wednesday, November 7, 2007

SUARA RAKYAT TERTINDAS DALAM GABUNGAN BERSIH

Hari penantian perhimpunan rakyat semakin hampir. Tanggal 10 november 2007 akan menyaksikan gerombolan gelombang kuning akan memenuhi dataran merdeka dan berarak ke istana negara. Satu perancangan yang amat mantap direncanakan oleh kumpulan whistle blower dari Malaya. Syabas diucapkan kepada pejuang-pejuang reformis sekalian.

Datuk Seri Anwar Ibrahim awal-awal lagi sudah mengarahkan the puppeteer beliau wajib turun bersama-sama hadir di perhimpunan tersebut. Hebahan, risalah, banner, ceramah dicanangkan di sana-sini oleh kumpulan the whistle blower. Pelakon-pelakon handalannya terdiri dari pengajar kita Chegubard, unsung artist (saudara Amin), dan ramai pahlawan-pahlawan hijau dari Kelantan.

Tapi di sini saya sebagai ahli dan mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) ingin menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan pertubuhan BERSIH yang menyatakan ke semua wakil BERSIH telah bersepakat dalam menganjurkan perhimpunan ini.

DI BAWAH INI DISENARAIKAN ALASAN-ALASAN KAMI SEBAB MENGAPA KAMI TIDAK MENYERTAI PERHIMPUNAN RAKYAT 100 000 ANJURAN BERSIH.

1). Kami membantah sekeras-kerasnya pemakaian warna kuning disebabkan warna ini melambangkan warna DiRaja.

2). Kami membantah kenyataan pertubuhan BERSIH yang menyatakan pemakaian warna kuning melambangkan kemahuan rakyat menuntut sebuah reformasi dalam pilihanraya di Malaysia.

3). Kami sama sekali tidak bersetuju dengan pertubuhan BERSIH mengenai rancangan perhimpunan yang akan diadakan pada 10 November ini adalah mewakili kata sepakat dari semua ahli gabungan.

4). PSM dan JERIT bersetuju tidak akan menyertai perhimpunan 100 000 pada 10 November ini. Kami berpendapat pemakaian warna kuning semasa pehimpunan jelas memberikan mesej isyarat rakyat meminta bantuan Raja supaya melakukan perubahan dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

5). Kami bertegas menyatakan rasa tidak bersetuju atas rancangan menghantar memorandum kepada Raja pada hari perhimpunan itu diadakan. Ini kerana, kami tidak mahu Raja campur tangan dalam proses reformasi di Malaysia.

6). Kami menegaskan Raja tidak memainkan sebarang peranan dalam perjuangan kami selama ini dan kami boleh berdiri sendiri tanpa bantuan dari pihak Raja.

7). Kami tidak mahu rakyat Malaysia kembali kepada sistem pemerintahan raja seperti zaman purba kala dahulu dengan rakyat meminta simpati kepada Raja untuk campur tangan dalam sistem pentadbiran di Malaysia.

Atas sebab-sebab di atas, kami telah mengambil keputusan untuk tidak bersama menyertai BERSIH dalam perhimpunan ini. Kami mempunyai pendirian sendiri dan kami akan berpegang kepada alasan-alasan yang kami jelaskan di atas.

Kami berpendapat perhimpunan ini bukan perhimpunan rakyat tetapi lebih kepada perhimpunan mahu mengembalikan kuasa Raja di Malaysia yang diekplotasikan oleh sekelompok parti yang tidak matang dalam memperjuangkan demokrasi dan reformasi yang tulen. Kami juga menyeru kepada sesiapa yang bersependapat dengan kami supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran BERSIH pada 10 November 2007 sebagai tanda protes kepada dasar matlamat perhimpunan ini.

Oleh Belia Benci Bersih.

2 comments:

abdullah said...

belia BODOH je benci bersih...kui30x..hanya syaitan laknatullah je yg benci bersih..

Unknown said...

Saya bagi pihak JERIT ingin membantah dan merasa kesal dengan tindakan blogger yang menyalahgunakan nama JERIT dan PS dalam artikel ini seolah -olah ia ditulis oleh ahli kami. Ini tidak benar. Kami tidak membuat kenyataan ini dan kami tidak setuju dengan kenyataan ini. Saya meminta pihak blogger mengeluarkan artikel ini dari blog ini kalau tidak tindakan undang-undang akan diambil. Hentikan taktik kotor ini.
Saya menegaskan artikel ini tidak dityulis oleh ahli JERIT atau ahli Parti Sosialis Malaysia. Jangan mencemarkan nama kami.