Friday, November 9, 2007

YA ALLAH KEMBALIKANLAH KEHARMONIAN DITANAHAIRKU INI

Assalamuálaykum sekalian,

Ana ingin menyampaikan sedikit pendapat dan pandangan setelah mendapat makluman dari laman web ini mengenai keadaan yang berlaku dalam gabungan Bersih yang merancang mengadakan perhimpunan 100 000 pada 10 November 2007 di Dataran Merdeka. Apa yang ingin ana sampaikan disini adalah pandangan dan maklumat yang ana terima dari rakan dan emel.

Ana mendapat makluman dari seorang rakan JIM (Jamaah Islah Malaysia) bahawa pertubuhan itu telah mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan 100 000 pada 10 November ini. Alasan yang diberikan ialah JIM telah berkerjasama dengan sebuah badan pemantau lain iaitu Mafrel (Malaysians for Free and Fair Elections) dan tidak mahu terlibat dengan Bersih.

Apa yang diperjelaskan oleh rakan ana ialah JIM tidak mahu untuk terlibat sama dalam perhimpunan ini mungkin disebabkan badan Ngo ini sedar terdapat sesuatu perkara yang tidak kena dengan gabungan Bersih. Ana terkejut apabila membaca dari laman web ini bahawa JERIT dan PSM telah menyatakan untuk tidak menyertai Bersih atas sebab-sebab yang diperjelaskan di artikel bertajuk Suara Rakyat tertindas dalam Bersih. Jika benar seperti yang dinyatakan, ternyata ada sesuatu yang disorokkan oleh gabungan Bersih dalam program pehimpunan ini.

Ana juga terkejut dengan apa yang dibaca di laman artikel web harakahdaily, parti Keadilan Rakyat yang menyeru orang ramai secara keras supaya hadir di perhimpunan tersebut meskipun terdapat amaran dari pihak Polis. Ana juga mendapat emel dari yahoogroups yang mengajak orang ramai supaya hadir dan membuat kacau diperhimpunan ini. Kandungan emel yang diterima adalah seperti dibawah.

“Perhimpunan pada 10 nov dibatalkan kerana agong tiada di Kuala lumpur. Ayuh kita gulingkan kerajaan pada 10 nov ini. Kita akan bermandi darah pada hari itu. ALLAHHUAKHBAR...ayuh! ramai2x kita hancurkan si laknat ini.”

Dari pengamatan ana, Malaysia yang dahulunya aman kini boleh bertukar menjadi tempat yang tidak selamat oleh kerana terdapat keadaaan huru hara yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memelihara ketenteraman. Ana sendiri telah memesan kepada anak-anak ana yang masih belajar dan ahli keluarga terdekat supaya tidak menghampiri kawasan perhimpunan kerana bimbang rusuhan boleh berlaku semula seperti mana pada waktu Anwar Ibrahim ditahan oleh Polis. Penyokong ekstremis yang tidak berpuashati bertindak liar apabila dihalang oleh Polis yang bertugas menjaga keamanan. Ana percaya perkara sama akan berulang pada hari esok jika terdapat golongan-golongan ekstremis dalam perhimpunan yang akan diadakan pada hari esok.

JIM boleh dijadikan contoh sebagai satu badan Ngo yang tidak ekstremis dan mengambil pendekatan mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan. Sebagai seorang rakyat kita perlu memahami hak dan tanggungjawab, pertama sebagai seorang Islam dan seterusnya, sebagai seorang warganegara Malaysia.

Sekian, renung-renungkanlah saudaraku. Jzkk

Semoga Allah memberikan petunjuk ke atas apa yang kita pilih dan lakukan.


Oleh Musafir Manaf

No comments: