Kita akan tunggu lagi selepas ini apa siri-siri baru Bersih di bawah arahan penerbit Datuk Seri Anwar. Tidak cukup dengan Bersih, Hindraf pula menyusul dengan program pada 25 November 07 di hadapan Kedutaan British dengan agendanya tuntuan rakyat India yang tertindas di Malaysia. Antara yang dituntut oleh Hindaf adalah.
MENUNTUT SUPAYA KAUM INDIA DI MALAYSIA DIBERI KEISTIMEWAAN
Tuntutan Hindraf adalah tidak wajar kerana bukan kaum India sahaja menghadapi banyak masalah seperti kemiskinan, berpendapatan rendah, penempatan rumah setinggan, tetapi kaum Melayu juga menghadapi masalah yang sama dan perlu pembelaan yang sama rata.
Jika sekalipun tuntutan ini diterima, adakah masalah kaum India akan selesai? Bukankah ini hanya akan menguntungkan sesetengah pihak kaum India seperti Datuk Seri Samy Budu dan kroni-kroni dibawahnya ?
MENUNTUT KAUM INDIA DI MALAYSIA DIBERI HAK KERAKYATAN NEGARA BRITIAN
Satu tuntutan yang keterlaluan oleh Hindraf. Jika ini yang diminta maka ianya melibatkan penggubalan semula perudangan perlembagaan Malaysia dan tidak masuk diakal kerajaan Britain akan melayan tuntutan ini. Tindakan ini tidak hairan kerana Hindraf juga sering melakukan sesuatu perkara yang keterlaluan seperti menyaman pemimpin Kerajaan, Polis Beraja Di Malaysia dan melukut serta meminta sokongan dari parti DAP, namun tidak ada pihak bersetuju untuk memberikan bantuan kepada Hindraf kerana mengetahui matlamat dasar perjuangan pertubuhan ini adalah tidak berasas.
TUNTUTAN UNTUK MEMANSUHKAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU
Hindraf juga menuntut supaya hak keistimewaan ini dibatalkan, tetapi adakah ini merupakan punca masalah ketidakseimbangan ekonomi antara kaum di Malaysia?. Jika kerajaan mengambil keputusan membatalkannya, masalah ini tidak dapat juga diselesaikan. Punca utama masalah ini berlaku ialah disebabkan sistem kapitalis yang dikemudi oleh Barisan Nasional terdiri daripada kapitalis penyangak besar dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak pemerintah Kerajaan.
Hindraf juga bijak menggunakan isu agama dan kaum dalam menarik perhatian dan sokongan hanya dari kaum India. Terbaru, rakyat tentu masih ingat peristiwa pencerobohan kuil di Padang Jawa. Kami jelaskan dakwaan dan penjelasan sebenar mengenai isu ini.
Dakwaan Hindraf : Hanya kuil dan rumah kaum Hindu yang dirobohkan oleh penguatkuasa di Padang Jawa dan menuduh Kerajaan tidak menghormati tempat beribadat kaum India.
Penjelasan isu sebenar : Bukan hanya rumah dan kuil Hindu dirobohkan, tetapi ianya melibatkan juga merobohkan sebuah surau dan lebih banyak rumah kaum Melayu berbanding kaum India. Dakwaan Hindraf juga adalah tidak berasas apabila menegaskan hanya kaum India ditindas. Tetapi umumnya jelas dapat dilihat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor seperti di Kampung Berembang dan Kampung Rimba Jaya yang majoritinya adalah kaum Melayu dan rumah mereka juga dirobohkan sama seperti kaum India yang menetap di sana.
Jelas di sini menunjukkan sikap Hindraf yang suka mengambil kesempatan dan mempropagandakan isu perkauman untuk kepentingan satu kaum sahaja. Perjuangan Hindraf juga boleh mengundang kepada pepecahan dan sikap saling membenci antara kaum di Malaysia. Kami berpendapat adalah perlu rakyat menolak perjuangan Hindraf dan jika benar mahu memperjuangkan hak rakyat, mereka perlu melihat contoh seperti Parti Sosialis Malaysia yang memperjuangkan kepentingan keseluruhan rakyat biasa dan golongan pekerja yang semakin ditindas oleh penyamun pemimpin Barisan Nasional.
Nandrii vanakam….
TOLAK PERJUANGAN KAUM OLEH HINDRAF !
HINDRAF inathin poratadattai olippum
DAN AYUH BANGKIT RAKYAT BERSAMA PARTI SOSIALIS MALAYSIA.
PSM katchill makkalai inaipum
Jelas di sini menunjukkan sikap Hindraf yang suka mengambil kesempatan dan mempropagandakan isu perkauman untuk kepentingan satu kaum sahaja. Perjuangan Hindraf juga boleh mengundang kepada pepecahan dan sikap saling membenci antara kaum di Malaysia. Kami berpendapat adalah perlu rakyat menolak perjuangan Hindraf dan jika benar mahu memperjuangkan hak rakyat, mereka perlu melihat contoh seperti Parti Sosialis Malaysia yang memperjuangkan kepentingan keseluruhan rakyat biasa dan golongan pekerja yang semakin ditindas oleh penyamun pemimpin Barisan Nasional.
Nandrii vanakam….
TOLAK PERJUANGAN KAUM OLEH HINDRAF !
HINDRAF inathin poratadattai olippum
DAN AYUH BANGKIT RAKYAT BERSAMA PARTI SOSIALIS MALAYSIA.
PSM katchill makkalai inaipum
from True Malaysian Reformist
27 comments:
Jelas sekali,ramai yang ambil kesempatan ini untuk mempopularkan parti masing-masing.Apa masalahnya kalau kita biarkan HINDRAF dengan perjuangannya.Selepas 50 tahun merdeka inilah kali pertama masyarakat India mendapat peluang untuk menyuarakan hak mereka.Biar kita tunggu sampai 25/11/2007 dan selepas itu, barulah kita berbahas adakah HINDRAF merupakan helah politik atau sebaliknya.Janganlah gunakan helah perkauman untuk hentikan perjuangan ini.
Saya ingin menegaskan di sini, ahli Parti Sosialis MAlaysia ataupun Parti Sosialis MAlaysia tidak mengeluarkan kenyataan ini. Blogger ini menyalahgunakan nama Parti Sosialis MAlaysia. Saya menuntut pihak blogger menghentikan taktik kotor ini. KAlau tidak kami akan mengambil tindakan undang-undang kepada blog ini. Stop this immediately.
Kebelakangan ini ada beberapa pandangan di Blog ini yang memberi beberapa pandangan mengenai Perhimpunan BERSIH dan Hindraf. Kami berpendirian setiap orang mempunyai hak untuk meluahkan perasaan dan pendapat mereka (freedom of expression) masing-masing dan pada masa yang sama kami ingin menegaskan semua kenyataan Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT) dan pandangan JERIT rasmi, hanya akan diedarkan melalui email kami dan website kami pada www.jerit.org Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak lain tetapi bukan melalui saluran rasmi kami bukan pendirian rasmi parti. Justeru itu diharap, pembaca blog ini dapat membezakan pendirian JERIT daripada individu lain yang mungkin mempergunakan nama kami. salam perjuangan. Kohila -Sekretariat JERIT
Kebelakangan ini ada beberapa pandangan di Blog ini yang memberi beberapa pandangan mengenai Perhimpunan BERSIH dan Hindraf. Kami berpendirian setiap orang mempunyai hak untuk meluahkan perasaan dan pendapat mereka (freedom of expression) masing-masing dan pada masa yang sama kami ingin menegaskan semua kenyataan Parti Sosialis Malaysia dan pandangan PSM rasmi, hanya akan diedarkan melalui email psmhq@tm.net.my dan website kami pada parti-sosialis.org. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak lain tetapi bukan melalui saluran rasmi kami bukan pendirian rasmi parti. Justeru itu diharap, pembaca blog ini dapat membezakan pendirian parti daripada individu lain yang mungkin mempergunakan nama kami. salam perjuangan. S.Arutchelvan - Setiausaha Agung,Parti Sosialis MAlaysia
Kepada POCAI
kenapa anda bodoh,bodoh dan bodoh sangat..Kami tak mintak hak melayu dimansuhkan..kami cuna nak Kuil2 kami tak di roboh kan....dan jangan layan kami teruk daripada org Indonesian...itu saja
Terdahulu ingin saya meminta maaf atas kesalahfahaman encik/cik POCAI.
Saya faham akan perasaan cik atas perobohan surau dan juga rumah-
rumah di kawasan yang cik sebutkan. Saya juga faham bahawa encik/cik telah tersilap faham tentang pertubuhan ini. Saya bukanlah ahli pertubuhan ini akan tetapi saya adalah salah seorang dari yang tertindas yang pertubuhan ini sedang memperjuangkan.
Encik/cik perlu faham bahawa pertubuhan ini bernama Hindraf bermaksud Hindu Rights Action Force. Pertubuhan ini bukan dinamakan Muslim Rights Action Force atau Christian Rights Action Force. Maksud saya walaupun kami berperhatin tentang perobohan surau dan juga rumah rumah kaum
Melayu bersama dengan Kuil Kuil kami, pertubuhan ini hanya mempunyai mandate untuk memperjuangkan hak hak kaum yang berugama Hindu. Saya juga ingin meminta penjelasan encik/cik tentang perobohan surau dan rumah yang katakan. Berapa banyak surau atau masjid yang dirobohkan sepanjang 50 tahun ini? Tahukah encik/cik berapa ribu tempat beribadat kami dirobohkan pada masa yang sama? Tahukah encik/cik berapa banyak menempatan kaum India yang dipindah atau dirobohkan berbanding kaum orang Melayu?
Baru satu dua surau dah kecoh. Cuba bayangkan kalau encik/cik berada dalam situasi kami. "Please try to put yourself in other person's shoes before giving out your valuable comments".
Pertubuhan ini bukanlah parti politik seperti Parti Sosialis Malaysia ataupun Barisan Nasional seperti yang encik/cik katakan. Jadi ingin saya mengingatkan encik/cik bahawa kalau tak faham tujuan atau tuntutan kami tolong jangan jaga tepi kain kami. Sebaliknya saya juga ingin
mengingatkan encik/cik supaya selidik secara detail sebelum memberi komen yang tak diminta. Kalau nak kempen untuk Parti Sosialis Malaysia, kempen sajalah. Kenapa perlu mengecilkan orang lain untuk menaikkan nama sendiri? Mungkin sekali kerana encik/cik tak ada modal langsung untuk
berkempen, jadi terpaksa kutuk orang lain. Apa jasa yang dilakukan oleh parti itu? Pasti nak cari peluang untuk menyamun sama seperti BN bila menang nanti. Belum apa apa, dah tak tahu nak menghormati perasaan semua rakyat, nak memperjuangkan hak semua kaum konon. Macam mana pula kalau menang nanti. Pasti lupa daratan.
Setahu saya HINDRAF tidak pernah cari peluang untuk kutuk mana
mana parti, termasuk Parti Sosialis Malaysia.
Kalau nak memperjuangkan hak rakyat, kenapa tak sertai kami,
perjuangkan hak kami, nanti esok lusa kami pula boleh sertai
perjuangkan hak parti encik/cik atau pun atleast kami boleh menyokong dari luar dan memberikan acknowledgement bahawa parti encik/cik memang perjuangkan hak rakyat tidak kira bangsa dan ugama.
Bukankah Win-Win Situation?
Bukankah lebih baik daripada kutuk-mengutuk?
Kalau ini mentality parti encik/cik, memang tak guna orang menyokong pun.
Walaikum salam!
parti sosialis pun bedul jugak...
alo kawan.. jangan nak menghuru hara kan keadaan yang dah sedang huru hara.. kalau nak jadi warga britain.. boleh pergi.. syuhhhh ..syuuhhh... menyemak je kat sini
KEPADA ANTI HINDRAF YANG BODOH SANGAT. APAKAH HAK ANDA UNTUK MENYEBUT KAMI MENYEMAK. INGIN SAYA BERIKAN PENDAPAT SAYA, TAPI APAK KAN DAYA. TIDAK ADA GUNANYA BECAKAP DENGAN ORANG YANG TERENCAT AKAL.
Cik/Mr Poci
Sunguh menyedihkan dgn cara pemikiran anda, tak boleh di percayai sama sekali, bahawa god can create such an idiot/bodoh, bodoh dan bodoh sekali. Dan saya kagum dengan keberanian anda yang sangup memapark kebodohan anda di sini.
sekian, terima kasih
Putarbelit!!!! Baca dengan teliti case saman Hindraf. Tak faham Bahasa Inggeris kot?
anti-hindraf, kami adalah warga negara ini sama macam hampa....kalau tak kerana kami hampa masih dijajah, siapa yang British bawa untuk majukan negara ini? Siapa Siapa? Hampa??? Asyik rempit, tonton video lucah, rogol anak sendiri!!!
memalukan kaum india sahaja.. minta duit melampau-lampau ngan kerajaan britain.. lepas ni semua india jadi jutawan la kat malaysia.. hahahahhahahahaha
saya sayangkan malaysia...BERBANGGA..DENGAN MY PEN PAL OUT THERE... PERPADUAN ITU PENTING!...JANGAN MENGHINA MANA2 AGAMA...SAYA CINTAKAN KEDAMAIAN..SAYA HARAP KITA AKAN ADAKAN RALLY (CIM PEACE) CINA,INDIA,MELAYU TO PEACE!...I HOPE TOO....
saya cintakan kedamaian, saya x suka permusuhan. Saya hanye memberi pendapat kenapa kerajaan merobohkan kuil-kuil dan surau-surau sebab sekarang nie mereka sesuka hati membina kuil dan surau dan menjadikan keadaan yang tidak teratur. sekarang nie mereka hendak mengatur semula pembinaan rumah2 ibadat termasuk masjid surau ,kuil, gereja dan tokong. kerajaan ingin menyelaraskan semula pembinaan rumah-rumah ibadat agar lebih teratur dan tidak berselerak. saya harap semua bangsa dan agama harus faham.
Pencinta keamanan dan kedamaian
Tuntutan Hindraf adalah melampau.kerajaan patut kenakan ISA saja kat diorang nie macamana kerajaan kenakan dekat yang dikatakan pelampau agama islam.Kalau tak nanti satu malaysia saling bergaduh.Orang tua-tua dah pesah dulu kalu jumpa hindu dgn jumpa ular nak bunuh sapa dulu.semua peluang dah ada bagi oleh kerajaan tapi asyik mabuk todi saja lepas tu tudh kerajaan tak tolong depa.apa nie dasar lidah berbelit.
memang tak salah perhimpunan HINDRAF. cuma apa yang hindraf masukkan dalam Memorandum pada 15 NOV 2007 sangat menyakitkan hati orang - orang melayu. Saya rasa orang2 india yang hadir pada Hindraf rally 25 NOV 2007 itu sendiri tidak pasti apa isi kandungan yang dipohon oleh HINDRAF. Tuduhan seperti Ethnic Cleansing (pembersihan Ethnic)oleh orang melayu dan pengganas Melayu Islam (Malay Muslim Terrorist) dan beberapa perkara yang tidak boleh diterima. Sedangkan kuil yang dirobohkan ada kuil haram dan dirobohkan oleh majlis pembandaran.. mengapa hindraf tidak quote hanya majlis pembandaran tetapi melabelkan orang melayu yang menghapuskan kuil india… kalau hindraf jujur lebih elok jika diletakkan perkataan “Majlis Pembandaran Menghapuskan Kuil - kuil HARAM hindu di Malaysia” Adakah Hindraf berani?
I think it high time that Hindraf Indians in Malaysia should stop being a baby an expect other races to be sympathy with them . Indians all over the world always claimed that they have been victimized , marginalized etc. Its common to hear that Indians in the UK and USA claimed the same . Pls have more self esteemed and worked hard. These all about other races being racist is bunch of crap , I don’t buy it …. Change your attitude and change yourselves .Dont be drunked or mabuk todi all the time . Work hard only then you are able to compete with all other Malaysians. Then only you all can maju . Boo boo
kenapa kuil kena roboH? sebab dibina tanpa kebenaran, dibina atas tanah org lain
HINDRAF = makan tahi!!
HINDRAF kotor!!!
Jangan dok bongkak sangat.. Jangan ikut suka hati saja dok kutuk orang.. Hampa ingat hampa saja tau marah..? Hentikan HINDRAF klau sampai nak bangkit isu perkauman dan agama. Pusing kot mana pun, jumpa batang hidung sndiri jugak. Pikiaq dalam2.
sesuatu yang terjadi ada hikmahnya...namun kita perlu memandang dari pelbagai sudut...pihak berkuasa di kuala lumpur dan di mana saja merobohkan kuil seperti yang dikatakan adalah KUIL HARAM yang ditubuhkan sesuka hati tanpa mengira tanah milik orang lain..HINDRAF perlu lebih peka kalau nak perjuangkan hak kaum hindu...perlu kaji kebenaran..tuntutan yang tidak munasabah oleh HINDRAF akan merugikan kaum sendiri...dipandang serong oleh masyarakat yang sayangkan MALAYSIA...saya sangat cintakan keamanan di MALAYSIA semenjak kelahiran saya di bumi bertuah ini...jika terdapat corruption di dalam BN semasa pemerintahannya, adakah parti lain akan bersih sebersihnya jika berpeluang memimpin negara...anuar ibrahim ternyata hanya menggunakan anda semua untuk merialisasikan impiannya..fikirlah...belajarlah dari apa yang terjadi dulu..masyarakat india perlu bangun dan jayakan diri masing-masing...tinggalkan tabiat suka mabuk / todi, ponteng sekolah untuk mengubah kehidupan mereka..bukan semua orang india yang miskin...malah lihat beberapa nama besar memegang syarikat yang berjaya seperti MAXIS dan AIRASIA...kaum apakah itu??pemimpin-peminpin hindraf punya agenda tersendiri dan hanya menggunakan anda untuk kepentingan mereka..bukakanlah mata dan lihatlah kebenarannya...saya sedih bila lihat org india yang datang dari jaun tak tahu apa yang hindraf mahukan lalu atas tindakan sendiri ditahan polis...meningglkan keluarga dikampung...anak, isteri, ibu dan bapa menangis mengenangkan anda...sekiranya ditahan di bawah ISA, anda kata ia kejam..sebelum itu anda tak terfikir langsung tentang keluarga anda...bila dah kena usung dengan polis, anda kata itu kejem...polis menjaga keamana...klu dah kata berhimpun tu haram...jgn la ikut...ini tak masih nak tunjuk degil...so apa lagi mula la kata polis itu ini...tapi tak pernah fikir akan kesalahan sendiri...fikirlah wahai warga hindraf dan sesiapa saja yang terbaca comment ni..renungkan..
titik tolaknya adalah diatas usaha sendiri samada untuk berjaya atau pun tidak...semuanya bermula dari pembelajaran di sekolah...walau tiada cukup wang untuk belajar namun kata orang "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"..ada ramai kaum yang parents tak punya wang untuk belajar, namun atas usaha sendiri, tabur azam untuk berjaya dan berusaha...yakin pada diri maka akan berjayalah ia..ia akan berbeza jika tiada usaha ke arah itu..itu lah yang terjadi kepada warga HINDRAF yang menuduh kerajaan "ethnic cleansing"...
malu betul aku.. bangsa racist.
tapi nak buat camne, tak mengaku melayu kang kufur jawabnye.
hai saudara seagama, sebangsa, insap la.. Islam tak anjurkan perangai racist macam korang yang Islam Had Hari nihhhh..
sebagai malaysian tak kira la orang india or cina or melayu or bumis or non bumis must appreciate MALAYSIA as 1 country yg harmoni n aman damai...kita tak patut bermusuhan antara satu sama lain...peristiwa lalu tu biarkan la...klu kita kenang, kita tidak akan maju ke hadapan...ambil ia sebagai satu iktibar... jangan gado2..buang yg keruh, ambil yg jernih..baru la kita boleh hidup dalam aman damai..politik jgn dicampuradukkan..perbuatan mereka yang jadi ketua2 ni hanya untuk kepentingan mereka sendiri...tak lebih daripada itu..kita yg kat bwh ni jgn mudah terpedaya..sy mengatakan yg Hindraf dan Bersih hanya helah politik semata...
Post a Comment